Soal & Jawab
Saya ingin kongsikan kepada anda semua beberapa soalan yang biasa ditanya oleh agent baru kepada saya bila mereka mula-mula join sebagai agent yang berdaftar.
1. Ke mana duit yang pergi kalau kata seseorang tu ditakdirkan kanser selepas 8 bulan mencarum takaful?Duit caruman yang dibayar oleh client akan dimasukkan dalam beberapa tabung. Iaitu ISA (Individual Special Account), PUA (Protection Unit Account) dan IUA (Investment Unit Account) mengikut peratusan tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
ISA - Account untuk pencarum dan jumlah terkumpul dalam account ini hanya boleh diperoleh apabila sijil matang atau client surrender sijil
PUA - Account ini adalah tabung perlindungan yang mana semua pencarum dalam satu syarikat akan mencarum dalam account ini dan sesiapa perserta yang ditimpa musibah kematian, lumpuh, kemalangan, sakit kritikal dan juga memerlukan kos rawatan akan munggunakan duit daripada tabung ini.
IUA - Account ini adalah account di mana duit caruman client dilaburkan di saham amanah dana takaful yang telah dipersetujui oleh client semasa permohonan di buat. Client boleh membuat pengeluaran bila2 masa dalam account ini. Minimum pengeluaran adalah RM 500 setiap kali pengeluaran dan boleh keluarkan 100% dalam tabung ini.
Jadi, untuk soalan ini, sekiranya client disahkan kena kanser dan tuntutan diluluskan, duit dalam PUA akan diberikan mengikut pampasan yang layak.
2. Macam mana kalau orang yang kanser tu nak buat bayaran sedangkan dia tidak boleh bekerja..baru mencarum dalam tempoh 8 bulan sahaja
Untuk soalan ini, sebab tu, seseorang perlu ada takaful yang lengkap.
- Manfaat Asas : Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan
- Manfaat Sakit Kritikal - Pampasan sekiranya disahkan sakit kritikal (untuk kanser manfaat ini akan terpakai)
- Manfaat Kemalangan - Pampasan sekiranya ditimpa kemalangan
- Manfaat Perubatan dan Hospital - Kemudan mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa keluar duit sendiri dahulu.
- Manfaat Caruman Percuma - Bayaran selepas disahkan sakit kritikal (dalam kes ini adalah kanser dan caruman akan jadi percuma. Client tidak perlu bayar caruman yang seterusnya. Akan tetapi kalau client tak ambil manfaat ini, beliau terpaksa kena bayar lagi caruman seterusnya, kalau tidak sijil akan luput (lapsed) atau dalam bahasa mudahnya adalah "TAK COVER"
3) Kalau anak autism boleh tak nak buatkan takafulBerdasarkan pengalaman saya, untuk case autism, pihak takaful setakat ini tidak dapat menawarkan sebarang perlindungan disebabkan oleh penyakit sedia ada.
4) Macam mana kalau anak tu dah carum awal2 sblm tahu dia autism?
Penyakit autism adalah penyakit sejak lahir atau dinamakan sebagai congenital. Apa-apa penyakit yang berlaku sebelum ambil takaful secara umumnya memang tak cover. Tapi kalau semasa ambil sign up takaful tu ibubapa kepada anak tu tak tau yang anak mereka ada autism, dan mereka mencarum dalam takaful, apabila anak semakin besar, baru tahu ada tanda-tanda autism, apa yang agent dan client perlu buat adalah, memaklumkan kepada syarikat takaful dan syarikat. takaful ada procedure untuk case-case sebegini. Apa keputusan akhir syarikat sama ada boleh meneruskan sijil atau tidak, ia bergantung kepada undewriter (pihak yang buat penilaian) syarikat takaful tersebut.
5) Anak diserang sawan sblm mencarum takaful, kes dia boleh dipertimbangkan ke?
Boleh dipertimbangkan. Pemohon perlu sertakan semua report yang diperlukan oleh syarikat takaful. Dan akhir sekali, pihak syarikat akan memberikan keputusan sama ada permohonan diluluskan tanpa sebarang syarat tambahan, atau ada syarat tambahan, atau ditolak, atau ditangguhkan.
6) Keguguran ada cover ke?Keguguran bergantung kepada umur janin. Kalau kurang dari 20 minggu, tiada dapat pampasan. Kalau lepas 20 minggu baru ada pampasan kematian janin iaitu RM 2,000. Tapi client perlu ambil plan takaful untuk pre-natal. Dan tidak semua plan ada menawarkan coverarage untuk wanita mengandung. Plan yang ada menawarkan coverage untuk ibu mengandung adalah PRUBSN IMPIAN.
7) Kalau masalah kandungan macam mana % perlindungan?Plan perlindungan biasa yang tiada manfaat komplikasi kehamilan, memang tiada sebarang pampasan. Plan yang ada pampasan disebabkan oleh komplikasi kehamilan adalah
- Health Protector di bawah Plan PruBSN Asaslink. Plan ini akan berikan pampasan komplikasi kehamilan sehingga RM 5,000.
- Medic Protector di bawah Plan Anugerah Plus. Untuk manfaat pelan perubatan Plan 300 dan Plan 400. Coverage medical untuk komplikasi kehamilan adalah RM 6,000 setahun dan RM 10,000 setahun masing2. Untuk maklumat lanjut mengenai plan ini, boleh click di link ini http://infoplantakaful.wasap.my
8) Kalau ditimpa kemalangan dalam tempoh waiting period, macam mana?
Untuk perlindungan kemalangan, tiada tempoh menunggu atau waiting period. Jadi, once sijil dah lulus sahaja, coverage akan terus bermula. Sama ada untuk pampasan kematian, pampasan kecacatan kekal disebabkan oleh kemalangan atau pun perubatan.
9) Andai kata berlaku sesuatu dalam waiting period, apa pertolongan awal yg kita boleh suggest?Berlaku sesuatu tergantung kepada apa yang berlaku. Kalau kemalangan, kita boleh nasihatkan untuk dapatkan rawatan segera. Kalau minor injury, tak perlu warded, boleh dapatkan di mana-mana klinik dan kalau perlu masuk ward, nasihat untuk masuk ward di mana-mana hospital panel PruBSN Takaful.
Sekiranya yang berlaku adalah penyakit, dan kita sendiri tak tahu bila ia mula berlaku, kita sebagai agent boleh menasihatkan client untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan terlebih dahulu. Selepas waiting period baru dapatkan rawatan di hospital swasta. Tapi, kena tanya bila symptom mula terjadi. Sebab ada banyak kes, nak dapatkan rawatan selepas waiting period, tapi symptom terjadi sebelum ambil plan takaful...lepas tu nak claim...kalau benda nie berlaku, sure kena investigate dan tak boleh nak claim terus.
10) Kenapa ada waiting period?
Waiting period ni adalah salah satu mekanisma untuk risk management. Kalau takde waiting period, bayangkan, orang baru bayar sebulan, bulan depannya, terus nak claim sakit kanser dan pampasan RM 50,000 dan kos rawatan pulak RM 100,000, jadi, macam mana company takaful nak ada duit untuk buat bayaran. Client baru je bayar sebulan.
Selain itu, untuk mengelakkan sebarang penipuan (fraud)..dah sakit sign up takaful, lepas tu, dah cover terus buat rawatan dan lepas buat rawatan, tak nak sambung bayar pulak. Macam mana company nak sustained?
11) pa kelebihan SmartSaver 300?
SmartSaver 300 adalah salah satu jenis pakej dalam plan medical card PruBSN Takaful iaitu Medic Protector untuk Plan PruBSN Anugerah Plus dan Health Protector untuk Plan Asas Link (sama ada PruBSN Setia, untuk dewasa atau PruBSN Impian, untuk plan kanak-kanak)
SmartSaver300 ini adalah sejenis co-payment iaitu jumlah yang client kena bayar sedikit ke atas bill hospital dan baki dari bill akan ditanggung oleh PruBSN.
Ada beberapa pakej lain iaitu Full Coverage dan High Deductible. Saya akan terangkan 2 pakej nie padal entry yang berlainan.
Sekiranya client bersetuju dengan pakej medical card jenis SmartSaver300, apa yang client akan dapat adalah coverage medical card (ikut limit yang ditawarkan). So bagaimana SmartSaver300 ni diaplikasikan sekiranya perlu dapatkan rawatan?
Plan Smart Saver adalah.....apabila setiap kali client masuk ward, client akan dikenakan max bayaran RM 300. Baki bayaran bill akan ditanggung oleh PruBSN.
Sebagai contoh
Client ada ambil plan medical card Annual Limit RM 100,000, smarsaver300. Apabila client ingin mendapatkan rawatan di hospital swasta, client tersebut perlu bayar RM 300 (ini bukan deposit walau pun sebahagiannya boleh dijadikan deposit). Dan bill atas RM 300, PruBSN akan tanggung.
Dan sekiranya client masuk wad disebabkan sakit yang sama dalam masa 90 hari selepas keluar dari wad, bayaran RM 300 tidak diperlukan. Tapi, kalau disebabkan oleh penyakit yang lain, akan kena bayar RM 300 lagi.
Apa kelebihannya?..
Kelebihannya adalah dari segi harga. Sebab, harga caruman yang sangat berbaloi berbanding dengan full coverage. Kalau full coverage biasanya kena bayar extra RM 50 hingga RM 70 sebulan dengan pakej plan yang sama.
Jadi, kalau setahun, beza smart saver 300 dengan full coverage antara RM 600 hingga RM 840. Kalau 10 tahun?...antara 6,000 hingga 8,400..itu tak masuk kalau dicampurkan dengan pulangan pelaburan...
So, smart saver 300 lebih menjimatkan dalam masa panjang. Memang la ada yang berpendapat, tak nak pening kepala nak masuk hospital kena sediakan RM 300. Betul la tu. Tapi dari sudut lain pulak, berapa kali seseorang tu masuk hospital secara umumnya?...
Jadi, sepanjang tak warded tu, kalau simpan di unit trust atau mana-mana investment vehicle yang lain, rasanya dah boleh generate berganda-ganda pulangan...so, itu bezanya...
Tapi, bergantung kepada kemampuan. Untuk yang mampu, boleh ambil fullcoverage, peace of mind.
12) Macam mana dengan bayar medic booster boleh cover million?Medic booster tu adalah salah satu dari manfaat tambahan (rider) dalam medical card Medic Protector. So, kalau add on medic booster, annual limit akan ada penambahan 1,000,000. Iaitu Plan150 dengan annual limit RM 150,000, akan jadi RM 1,150,000 dan seterusnya sampai le ke Plan400, RM 400,000 setahun akan jadi RM 1,400,000.
13) Kalau mampu bayar RM 100, pelan apa yang sesuai?Bergantung kepada umur dan kelas pekerjaan. Kalau muda lagi, boleh dapat. medical card yang basic, Step Contribution Plan 150.
Kalau dah berumur, boleh dapat benefit hibah RM 50,000 hingga RM 100,000.
Kena kira dalam system baru boleh dapat tahu apa dapat. Tak boleh main agak2. Sebab takaful nie benda yang kena kira secara tepat.
14) Kalau nak upgrade, apa yang boleh dicadangkan?Untuk upgrade, kena check plan yang sedia ada dan apa manfaat tambahan yang client nak?..sama ada medical? atau pampasan kematian atau lumpuh, atau sakit kritikal, atau kemalangan, atau simpanan.
Ulasan
Catat Ulasan